Siapakah cendikiawan hebat ini ?


ASSALAMUALAIKUM...

saat saya membuka satu saluran TV...
saya terkesima dengannya...
kagum dengan terorinya yang hebat...
saat ia telah mengislamkan 3 orang...
menjadikan mereka saudara baru...
lebih terkesima lagi saat ia mampu menghafal Al-Quran...
malah no.surah nya...berserta ayatnya...
masyaAllah...
namun bukan itu sahaja...
membuatkan saya lebih terperanjat lagi apabila ia telah menghafaz bibble , Veda dll...
malah ia mengetahui perbandingan dengan agama lain...
dan ia begitu lembut...
ceramah yang lembut tetapi amat dalam erti dan isinya...
siapakah ia ?
dan mengapakah ia yang saya kagumi ?
Beliau adalah....



Dr Zakir Abdul Karim Naik
 Beliau dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai , India.Ia merupakan Ulama, pendakwah dan penceramah dengan tajuk utama beliau iaitu PERBANDINGAN AGAMA. Beliau adalah doktor perubatan setelah mendapat Ijazah Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) dari University of Mumbai .Ketika tahun 1991, beliau telah berhenti dari kerjaya doktor perubatan dan beralih pula kepada bidang dakwah .

  Dr.Zakir Naik juga adalah pengasas dan presiden Yayasan Penyelidikan Islam (PRF) yang memiliki channel TV Keamanan di Mumbai , India. Beliau mendapat inspirasi dari Gurunya yang juga seorang pendebat yang hebat,iaitu Sheikh Ahmad Deedat,yang merupakan seorang rakyat Afrika Selatan yang berketurunan India . Tujuannya untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan remaja Islam yang meragui agamanya sendiri dan merasakan Islam adalah agama yang kuno.Selain menghafaz Al-Quran , beliau juga telah menghafaz Kitab-Kitab Ahadeeth seperti (Tirmizi,bukhari,muslim dll).Selain itu juga Bibble , Veda dan kitab-kitab lama yang lain secara terperinci berserta ayat dan no.Vol nya telah dihafaznya.Beliau juga mampu mengeluarkan dalil dan fakta melalui kitab-kitab itu tanpa nusus ditangannya.MASYAALLAH!!
Satu perkara yang saya belajar darinya adalah..hidup jangan kerana hendakkan sesuatu..tapi kerana mencari redha Allah..


Buat sesuatu jangan kerana hendakkan sesuatu tapi kerana Allah yang satu..
                                         ~DR. ZAKIR NAIK~


  Harapan saya..semoga ajyal seperti ini akan terus berkembang dan tidak akan putusnya..moga dengan berkat Ulama' ini, bakal lahir insan-insan yang murni nilainya seperti beliau..laallahu yubarik fi 'umrik..AMEEN..

WASSALAM...



  

Comments

Popular posts from this blog

انزلوا الناس منازلهم

Exam 2013