Posts

Showing posts from 2012

Buat seseorang

Image
Inspirasi hati..   Diriku berlari   Kejar buih di kaki sirahmu  Malangnya tak jumpa   Hilang ditelan ombak masa  Lelah aku   Dan termangu di sini   Mencari sinar  Ku cuba mengutip  Butir bistari di pesisir kalammu   Inginku sematkan   Menghiasi dada kehidupanku  lalu terang destinasi abadi  Di hujung langkahku   Kau inspirasi  Jiwa nan suci   Inginku terus selami  Di dasar dirimu kilau cahaya   Mutiara putih   Menyinar ke dalam lubuk jiwa   Nan gelap gelita  Di dasar dirimu  Karang indah  Halus penuh seni  meneguh perjuangan kebenaran  Hikmah pekerti  Kau inspirasi  Permata hati  Ingin ku terus selami   Kau inspirasi  Walau kau pergi  Namun ku tetap di sini..  

Memori 1 bulan

Image
( MUQODDAM & IQRA' ) Aliff..baa..taa.. sikit-sikit lama boleh la tu.. aa..laa..maa.. awak,silap tu.. alif..laam..mimm.. baru betul.. awak,yang tu panjang sikit 2 harkat.. eh awak..dengung tu.. yang ni awak kena baca panjang lagi..mad wajib tu.. awak,esok ulang lagi muka ni.. ( HAFAZAN ) kuat sikit baca tu..tak dengar.. awak tengok balik,nanti datang semak balik.. (terjerit..tertengking,perkara biasa) lepas makan,bawak surah ni pulak.. ( FARDHU 'AIN ) Cepat salin kat whiteboard ni.. saya panggil ustaz ***** dengan ustaz ****** baru tahu.. awak,duduk sini..nak pergi mana..? awak tak nak belajar ke? awak tak kesian ke kat mak awak bayar yuran? siap awak..!! Naim!!duduk sini.. (paling dahsyat)  jangan main cangkul tu.. jangan pusing mesin basuh abang-abang tu.. jangan sentuh sangkar arnab tu..ada najis.. jangan masuk dalam longkang tu..! diam..baca ni sama-sama.. awak tak paham ke?saya kata duduk sini la.. ...

salam 1 2 34H

Image
Assalamualaikum.. salam 1safar.. salam yaumul jumuah.. salam ukhwah fillah.. Salam saudara seislam.. Salam kasih sayang.. Salam persahabatan.. Salam persaudaraan.. Salam jalinan.. Salam mahabbah.. Salam kerana islam.. Salam pertemuan.. Salam keikhlasan.. Salam perjuangan.. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH.. salam 1 2 34 hijrah.. Dari saya dan keluarga..

انزلوا الناس منازلهم

Image
Salam hari As-syura.. apa khabar antum/antunna semua..sihat ye sentiasa? mulakan perjuangan dengan Bismillah..moga tiap detik kita di berkati Allah..ameen.. Al-kisah.. taknak bercerita panjang..aisha cuma nak post yang aisha dah pun selamat sampai untuk menetap di tanah tumpahnya darahku..MUAR BANDAR DIRAJA..baru 3hari..dari K.l..tapi jauh nak ke kedai..jauh..eh..bukan ini yang Aisha nak cakap..salah post.. "tempatkanlah seseorang pada kedudukannya" (terjemahan hadith di atas) Dulu kurang faham maksud tersirat dalam hadith tersebut..yang saya fikir,hadith ini untuk orang yang ada pangkat tinggi SAHAJA.. Ramai yang telah saya tanyakan..jawapan yang sama..tetapi setelah difahami erti dan makna sebenar..saya mendapat jawapan yang sebenar.. Rupa-rupanya.. Hadith ini ditujukan juga untuk orang yang biasa-biasa..bukan sekadar untuk orang yang berpangkat tinggi..malahan untuk orang yang biasa-biasa ada adabnya.. "yang tua dihormati..yang muda disayangi..y...

Khabar dari sana

Image
Assalamualaikum... Dalam kemuliaan umat islam menyambut awal hijrah..saya terdengar khabar berita baik..dari nun jauh disana.. PERNIKAHAN UKHTI NUR DALILA ZAINAL ABIDIN & PILIHAN HATINYA.. "barakallahu laakuma wa baaraka 'alaikuma wa jamaa bainukama fil kheir"  Walaupun kami tak dapat memeriahkan majlis sama-sama..tapi kami sekeluarga mendoakan kebahagiaan kak Dalila dan suaminya..Moga berkekalan sampai syurga..  Apapun tahniah! p/s:k.azma dan zaujnya sudah pulang for good jugak kemalaysia..ahlan wa sahlan ilal malaysia..^_^ wassalam...

Anugerah Maal Hijrah

Image
Assalamualaikum wbt... Syukur kepada Allah yang telah menghidupkan kita didunia..meski banyak dosa-dosa lalu yang tak terhitung..ayuh sahabat..kita panjatkan kesyukuran kerana kita masih diberi peluang bernafas hingga hari ini..kerana ada yang diluar sana masih belum diberi peluang dan kesempatan ini..ALHAMDULILLAH..WA SYUKRULILLAH... Percaya ataupun tidak, esok adalah tahun baru bagi umat islam mengikut kalendar Hijriyyah..pantas sungguh masa berlalu..tak terasa..pejam celik dah 1434 hijriyyah ( betul ke?? )..^__^ Cerita saya,, Pada jumaat baru-baru ini, adik saya, MUHAMMAD MUSAAB telah di beri pengiktirafan sebagai TOKOH MITHALI di sekolahnya..juga tersenarai sebagai salah seorang pelajar yang beroleh pangkat MUMTAZ PSRA..tak lupa, dia juga beroleh salah seorang pelajar diantara 10 CEMERLANG diseluruh tahun 6 dikelasnya.. Saya berasa terlalu gembira hingga hampir menitis airmata apabila namanya dipanggil.." DIJEMPUT MUHAMMAD MUSAAB DAN IBUBAPA NYA UNTUK NA...

Kenangan di....

Image
       Assalamualaikum wbt..   sekadar ingin berkongsi kenangan..melalui sebuah video yang tak berapa nak menjadi ini..dengan tema lagu Nasyeed yang tak asing lagi kau kawan sahabat dan teman.. dan beberapa gambar yang di'klik' secara pose dan kandid..   Video ini memang kurang sempurna..mungkin pada laju lambatnya dan saiznya..al-maklum..ini adalah video pertama yang saya edit..^_^   Harap sangat pada sahabat2 yang dah hebat mengedit video..bolehlah mengajar saya..apa-apapun..segala komen dialu-alukan..segala yang baik datangnya dari Allah dan yang lemah dari saya..       ::SELAMAT MENONTON::    WASSALAM..   video klik by, Aisha Sabtu Taman Mega Jaya 7:33 pm

Pertemuan 2 November

Image
    Assalamualaikum wbt...   Bila dikenangkan semula kejadian semalam..saya rasa direndahkan dan diremehkan..bukan mudah bagi seorang insan kerdil seperti saya untuk menerima setiap lontaran kata yang agak kasar seperti itu..saya akui saya memang seorang yang agak sensitif..tapi saya masih boleh menilai positif atau negatifnya sesuatu perkara..tapi apabila maruah saya dipijak begitu..adakah saya patut berdiam?..saya juga manusia biasa..yang masih belajar..dan anda juga masih belajar bagaimana untuk menasihati anak-anak bawahan anda..saya tahu anda sudah terlebih 'makan garam'..namun kata-kata anda amat berat untuk saya terima kerana anda memuji darah daging anda sendiri dan menginjak maruah saya dan keturunan saya.. SAYA MINTA MAAF KEPADA ANDA JIKA ADA SILAP SAYA PADA ANDA SEHINGGA  SEOLAH-OLAH ANDA JUGA INGINKAN PUBLISITI..MUNGKIN BUKAN NIAT ANDA..  Salahkah saya untuk beralih arah?..bukan saya ingin melakukan perbuatan yang dilarang agama..saya ti...

Siapakah cendikiawan hebat ini ?

Image
ASSALAMUALAIKUM... saat saya membuka satu saluran TV... saya terkesima dengannya... kagum dengan terorinya yang hebat... saat ia telah mengislamkan 3 orang... menjadikan mereka saudara baru... lebih terkesima lagi saat ia mampu menghafal Al-Quran... malah no.surah nya...berserta ayatnya... masyaAllah... namun bukan itu sahaja... membuatkan saya lebih terperanjat lagi apabila ia telah menghafaz bibble , Veda dll... malah ia mengetahui perbandingan dengan agama lain... dan ia begitu lembut... ceramah yang lembut tetapi amat dalam erti dan isinya... siapakah ia ? dan mengapakah ia yang saya kagumi ? Beliau adalah.... Dr Zakir Abdul Karim Naik  Beliau dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai , India.Ia merupakan Ulama, pendakwah dan penceramah dengan tajuk utama beliau iaitu PERBANDINGAN AGAMA . Beliau adalah doktor perubatan setelah mendapat Ijazah Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) dari University of Mumbai .Ketika tahun 1991, beliau ...

Sekitar 23 oktober

Image
ASSALAMUALAIKUM... SIJIL TAHFIZ MALAYSIA KALI KE-2 8:15 am..    Pertama kali menjejakkan kaki ke Darul Quran..terasa tenang dengan suasana yang rapi dan damai..ketenangan yang paling selesa bagi penunutut-penuntut disana..saya kagum dengan suasana itu..   Usai mendaftarkan diri..kami terus disuruh masuk ke Dewan yang besar..kami akan menjalani ujian tahriri dan fardhu ain..(mereka kata kacang jeee..saya tak rasa kacang sangat pun..)tiba-tiba saya menggigil..mungkin kerana sejuk atau terlalu NERVOUSE ..perasaan yang bercampur sehingga nak menulis nama pun menggeletar..   kami diberi masa sehingga pukul 11:00 am..saya menjawab dengan tenang tapi gelabah..macam mana ya?? 11:30 am..     Syafawi bermula..saya mendapat giliran yang ke-5..tak boleh nak mengulang kerana sangat runsing..tepat azan zohor..ustazah yang menebuk hafalan menyuruh kami bersolat zohor dahulu..lega rasa hati..    Tepat sahaja kami menaiki tangga..saya telah di...

sakit...nikmat atau derita?

Image
In the name of Allah..bismillah wal hamdulillah.. semalam... saya masuk dapur... saya nak masak sayur... itu atas permintaan seorang ibu... saya tak boleh menolak dan itu wajib dilakukan... ibu adalah ibu saya... saya mula memasak dan memasak... dimulakan dgn mengupas bawang... kemudian menumbuk bawang,ikan bilis dan cili... tiba-tiba... berlakunya sebuah tragedi... percikan cili terpercik mengenai mata saya... Allah... mata saya...mata saya... saya mula mengerang... Allah yang tahu... saya fikir saya akan kehilangan satu deria... saya tak nak.. saya masih memerlukan deria yang sangat penting itu... setelah 15 minit berlalu... sakit beransur hilang... pedihnya kian pudar... penglihatan mula terang... deria itu kembali... ya Allah...terima kasih... walau seketika saya kehilangan deria itu... saya merasa amat bersyukur... sedikit sahaja Allah menguji saya... saya fikir...deria itu tidak akan kembali... buat selama-lamanya... kenapa harus mengeluh?kenapa ha...

Ayuh belajar kitab !!!

Image
    Assalamualaikum ...selamat berhari minggu...      Dulu selepas tamat menghafaz, saya selalu memikirkan..hendak apa aku ini untuk kelangkah seterusnya??semangat kerana tamat menghafaz tapi masa depan masih terkulai layu..   Akhirnya Allah telah menghantar saya menuntut ilmu dibumi SUDAN..susah senang menuntut ilmu dinegara orang,walau ditemani keluarga..ia masih belum cukup kerana di jamiah kebanyakannya berbahasa arab ammi..memang pada mulanya tak faham..sangat tak faham..lepas sebulan,Alhamdulillah dah ada tanda-tanda untuk terus meluncur bertutur dalam bahasa syurga ini...hasil ukhwah bersama sahabat-sahabat pelbagai negara...biarpun tidak laju,namun berdiki-dikit dahulu..subhanallah...  Al-kisah...    bagaimana minat saya terhadap kitab-kitab arab..untuk membacanya,biarpun tidak sepenuhnya saya memahaminya..mulanya,ketika di maarad kutub,bapak dengan penuh semangat telah membeli kamus LISANUL AROBIY serta beberapa buah kitab bes...

3 Filem 3 Qisah 3 Cherita

Image
                    RANG DE BASANTI                TAREE ZAMEEN PAR                              3 IDIOTS           Apakah ini Aishah?awak update cerita hindi ni kenapa?awak tak ada cerita lain ke?      kalau nak tahu,filem ini walaupun hindustan,tiada elemen yang berunsur mengarut..bagi saya ia adalah filem-filem yang berjaya mengadaptasikan filem-filem mereka ke layar perak.kerana jalan cerita yang mudah difahami dan penuh keinsafan..ada moralnya yang tersendiri..    3 filem ini juga memang boleh membuat orang tersentuh hati..ada sentuhan yang tersendiri dan cara yang menarik... bukan ingin memuji atau memuja pelakon filem...tapi kita mengambil yang baik darinya sudah cukup,dan lebih baik dari kita manonton filem yang tak ada mesej..tahniah kepada pem...

Oktober oh...October

Image
       Assalamualaikum...Alhamdulillah walhamdulillah... buat oktober... bulan ini agak banyak 'plan' saya..hai..macam-macam..agak busy sikit..tapi masih sempat update blogger dan online facebook..dengan sijil tahfiz malaysia(STM)..dengan isbat..bina insan..macam-macam..lepas ni ibu nak suruh saya ambil lesen kereta pula..boleh ke??orang macam saya ni?takpe..saya memang dah diterapkan dari dulu,SEMANGAT..!! buat oktober... STM bakal menjelang..persediaan saya masih ditahap biasa-biasa saja..bacaan yang tidak semerdu Ain Nabilah,tak sehebat K.Wasitah,tak selancar Ust. Izzul,tak setenang Ust. Umar Hafiz dan tak setaraf dengan Abd.Rahman..(nama kawan-kawan yang di musabaqah kebangsaan 2012 ^_^ )..hmm..masih ditahap normal..tak berapa stabil..tapi masih mengulang..teruskan usaha Cik Aishah..never give up!! buat oktober... kalau sesiapa yang mengingati tarikh keramat saya..26.10..syukran banyak-banyak..saya tak harap apa-apa pun..sebab makin tua,tak tahu bila ...

Al - Quran Kalamullah

Image
   Alhamdulillah.... kita masih segar bernafas lagi sehingga ke hari ini..seperti kebiasaan umat di zaman ini, banyak perkara yang dilakukan dari mula bangun tidur sehinggalah tidur kembali...ke sekolah, ketempat kerja, memasak, dan lain-lain..setiap hari juga kita harus menunjukkan rasa syukur kepada Allah..mengingatinya..setiap perkara yang kita lakukan akan dihisab..Hatta makanan yang disuap dan ditelan oleh seorang hamba itu juga akan dihisab..jika Amalannya elok..insyaAllah..eloklah hisabnya dan timbangannya..   Namun terkadang sebagai hamba yang leka dan alpa..kita lupa akan tanggungjawab kita yang besar dimuka bumi ini..walau kita adalah khalifah dimuka bumi..tapi telah disalah guna..bukan sekadar disalah guna, malah disalah tafsir pula..bukanlah kita ini seorang khalifah yang boleh melakukan sewenangnya setiap perkara..harus diingat..kita sebagai khlifah dimuka bumi namun seorang hamba kerdil disisi Allah...    Hidup seorang hamba itu berdasarkan ...

Gadis Solehah

Image
"Saya nak jadi wanita solehah..saya juga berharap saya mendapat suami dan anak-anak yang solehah"     Wajarkah bagi kita untuk meminta seperti itu?memang jodoh adalah takdir dan masa depan adalah takdir.Tapi bagaimanakah kita sekarang?sudah cukup solehah kah kita?sudah cukup baikkah kita?sudah cukup muliakah kita?untuk mendapatkan kebaikkan,Haruslah segalanya bermula dari kita sendiri.Bukan orang lain.Tidak cukup dengan itu,cermin diri kita.Pandang dan selidik.Aku ini siapa?aku ini siapa?Tidak semua gadis itu cantik dan anggun,tetapi tidak semua gadis itu mulia akhlaknya.   Mahu jadi seperti Siti khadijah r.a..SUBHANALLAH..jauh sekali.mengorbankan harta  dan nyawa demi islam.kita?mengorbankan wang sesen untuk bersedekah pun payah.    Mahu jadi seperti Rabiatul Adawiyah.Suffi wanita yang benar-benar solehah.Menolak cinta manusia demi rabb tercinta.Cintanya barulah cinta hakiki.Bukan seperti kita,Mahu lakukan yang terbaik untuk kekasih khayalan kita...

my friend's didunia (Akhirat sendiri)

Image
Ini adalah foto sahabat saya yang banyak bersama saya susah dan senang :  Siti khadijah zulfan AKA. Dieja     Memang dia adalah sahabat yang istimewa bagi saya..kami bersahabat dari tahun 2006 lagi..sehingga kini sudah 2012..susah senang bersama.walaupun saya banyak susahkan dia,tapi dia sabar melayan karenah kebudak-budakan saya.Saya amat menghargai dia.Saya harap Allah kekelkan persahabatan saya dengan nya.Saya takkan benarkan orang lain menyakitinya.   Istifadah dari sebuah persahabatan diibaratkan bagai kuku dan isi..susah senang bersama orang kata...ukhwah fillah.bersahabatlah seperti para sahabiah..kerana Allah..seandainya ada cela kita melindungi dan bukan menjadi bara api yang membakar..    Namun sahabat sejati hanyallah didunia yang akan membawa kita kesyurga..maksudnya,sahabat ibarat cermin..ya kan?..boleh faham semua? SEBUAH NASYID UTK SAHABAT SAYA : Kulayarkan kerinduan di lautan memori Menyingkap kenangan indah yang menyentuh e...