Pertemuan 2 November

    Assalamualaikum wbt...

  Bila dikenangkan semula kejadian semalam..saya rasa direndahkan dan diremehkan..bukan mudah bagi seorang insan kerdil seperti saya untuk menerima setiap lontaran kata yang agak kasar seperti itu..saya akui saya memang seorang yang agak sensitif..tapi saya masih boleh menilai positif atau negatifnya sesuatu perkara..tapi apabila maruah saya dipijak begitu..adakah saya patut berdiam?..saya juga manusia biasa..yang masih belajar..dan anda juga masih belajar bagaimana untuk menasihati anak-anak bawahan anda..saya tahu anda sudah terlebih 'makan garam'..namun kata-kata anda amat berat untuk saya terima kerana anda memuji darah daging anda sendiri dan menginjak maruah saya dan keturunan saya..

SAYA MINTA MAAF KEPADA ANDA JIKA ADA SILAP SAYA PADA ANDA SEHINGGA 
SEOLAH-OLAH ANDA JUGA INGINKAN PUBLISITI..MUNGKIN BUKAN NIAT ANDA..

 Salahkah saya untuk beralih arah?..bukan saya ingin melakukan perbuatan yang dilarang agama..saya tidak memakan sesuatu yang dipanggil najis atau menyentuhnya..anda sendiri dengar bukan, saya melakukan atas dasar saya ingin menjaga dan mengharmonikan keluarga saya..dalam hati saya ada juga berfikir.."aku ni dah besar ye..tak payah nak tembak aku..mak aku je yang ada hak nak tembak aku"..tapi saya masih waras untuk itu..cuma saya berharap anda bakal berkata dengan penuh hikmah buat insan lain selepas ini..

 Ataukah mungkin itu adalah cara anda sendiri untuk menyedarkan orang lain..meskipun hati saya sakit, saya akan cuba mengikhlaskan setiap teguran anda dengan positif..dan menjadikan setiap tutur kata anda sebagai langkah yang akan terus membawa saya kearah yang lebih baik..INSYAALLAH..kata-kata anda juga membuka mata saya yang sebenarnya bukan setiap orang suka dan bangga dengan peralihan ini..bagi mereka sia-sia..tapi bagi saya tidak..saya juga ada wawasan..tidak mungkin bagi saya untuk menghancurkan masa depan saya..sama sekali..ma mumkin..

 Mungkin ini permulaan bagi saya..saya akan tahan airmata ini untuk terus mengalir..saya tidak mengharap pangkat semata..saya akan membuatkan ibu saya bangga dengan diri saya..dengan turut merasai kejayaan saya..

"kalau orang boleh..ecah lagi boleh" kata ibu.....




 Mungkin saya keterlaluan..tapi saya akan cuba mengikhlaskan diri saya menerima setiap teguran dengan positif..kerana itu bukan penghalang bagi saya..INSYAALLAH..Allah itu maha adil keatas tiap-tiap hambanya..

 buat sesuatu kerana ALLAH...

  Buat anda..terima kasih kerana telah memberi maklumat yang positif bersalut rempah cili api kepada saya..saya tidak mendoakan keburukan anda..ya, mungkin itu cara anda..saya mendoakan yang terbaik buat anda..anak - anak anda, keluarga anda dan sesiapa yang dekat dengan anda..semoga Allah memberikan yang terbaik buat anda..Ameen..TERIMA KASIH BUAT ANDA..

 

Ya Allah..tunjukkan jalan yang terbaik buatku..jangan biarkan ku sendiri..ameen..



*watak-watak dalam cerita diatas tiada kena mengena dengan kenalan saya..kerana watak 'anda' itu kebetulan saya bertemunya atas sebab tertentu..jadi buat sahabat-sahabat saya..tiada kaitan dengan kalian..^__^....
  segala khilaf saya mohon diperbetulkan..
  saya juga hamba..
  saya juga insan biasa..

             
               wassalam..wa ilal liqo'..



 

 

Comments

Popular posts from this blog

Siapakah cendikiawan hebat ini ?

انزلوا الناس منازلهم

Exam 2013