Tak salah , tapi takut salah tafsir

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini kita nak berkongsi sama-sama kepada insan di luar sana.Mungkin sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan bersama..

Masa baru mula belajar kitab dulu, banyak dengar istilah atau Hadis yang mengatakan "Ilmu tanpa amal seperti pohon yang tanpa buah". Ada jugak belajar "sia-sialah seseorang yang ada berbakul-bakul ilmu tanpa satu habuk pun tak amal apatah lagi sampaikan .. pernah dengar tak ? pasti dan pasti pernah kan ?

Tapi zaman sekarang lain tau....Apa yang lainnya? hmm..

Istilah yang sesuai dipakai hari ini ialah " Ilmu Siber " .Macam-macam kut yang boleh dapat dengan hujung jari sahaja.Ada saya terbaca satu blog ni ..nampak pelik aje ilmu yang nak disampaikan, bila cuba research lagi sekali,oh..COPY PASTE je, patutlah macam ada pelik bunyinya yang disampaikan ..



Saya tak salahkan sesiapa yang menyebarkan ilmu , tanpa haruslah berhati-hati dan mengambil langkah dengan berjaga-jag ditakuti ilmu yang disebarkan bukan menjadi ilmu bahkan punca kearah KESESATAN ..

Saya faham , setiap orang pasti inginkan kemudahan , tapi tetap tak salah kalau agak susah untuk mencari ilmu? Cubalah dengan membeli buku ilmiah di toko-toko kedai di luar sana.. InsyaAllah itulah cara paling mudah kalau anda ingin mudah selain dari mencari ilmu dari alam siber.Atau carilah guru atau ustaz yang mursyid ,itu yang terbaik..



Kesimpulan dari kata-kata yang tersimpul dari tadi , saya cuma cuba nak mengingatkan agar semua muslim dan muslimah berhaati-hati dalam soal memahami,mempelajari dan terutama sekali meng'COPY PASTE' apapun dari bab agama..saya sebagai seorang muslimah,khuati teramat khuatir andai ada orang munafiq atau musyrik yang cuba merosakkan pemikiran islam bila tahu kita semua hanya tahu mempelajari ilmu dengan cara paling mudah iaitu dengan hujung jari ..Mereka dengan mudah akan mendidik kita dengan ilmu songsang mengakibatkan kejahilan akan terbit dalam jiwa kita..tak salah mencari ilmu di alam siber tapi haruslah berwaspada .. ^^

Maka dengan ini , bangkitlah ayyuhal mu'minun mempertahankan agama islam dengan ilmu berserta amal kerana itulah kunci dari segala kunci kalian untuk mempertahankan agama..insyaAllah ...

الاسلام ديننا ابدا انشأالله


#SHARING IS CARING (=

Comments

Popular posts from this blog

Siapakah cendikiawan hebat ini ?

انزلوا الناس منازلهم

Exam 2013