Kerana kita saling menyempurnakan ...

Sempurnakah aku ??
  
Sempurnakah aku ??

Sempurnakah aku ??

Aku terpaku dan termangu memikirkan adakah aku ini sempurna ??

Sungguh sangat ku khuaatiri akan imanku yang terumbang-ambing sedang aku masih lalai dihanyut indah dunia..

Terpana dengan keseronokan dunia membuatkan aku tersilap langkah..

Sahabat..
Andai aku leka..
Bimbinglah aku..
Jangan kau biarkan aku..
Jangan kau biarkan aku tekapai-kapai.
Jangan kau pinggirkan aku..
Jangan kau tinggalkan aku kesendirian..


Menebuk akal fikiran..
Mencari erti kesedaran..
Mencari apakah sebab keruntuhan..
Merungkai persoalan..
Menggali lubuk hati paling dalam..

Sehingga aku terkaku..
Sehingga aku layu..
Sehingga aku tersungkur..
Sehingga aku terbujur luntur kerana itu..

Sahabat..
Bukan erti itu jika membiarkanku..
Keseorangan terbuai dalam salahku..
Aku juga insan..
Punya jiwa..
Punya hati..
Punya perasaan..
Kerana aku ??
Aku bukan sempurna..
Lalu bantulah aku..
Tidak ada yang memisahkan hatiku darimu..
Kecuali api membara yang menyulam kalbu hitam..

Punyailah kesedaran..
Genggamilah perasaan..
Carilah kebahagiaan..
Hiruplah kesenangan..
Damailah hati yang tenang..
Kemudian kesedaranlah itu padaku..

kenapa kita lahir ?
Untuk kita saling menyempurnai..
Belum lagi noktah mengakhiri..
Belum lagi nafas menghembusi terakhir kali..
Juga sepondok bersama..

Maafkan..
Kerana ini bukan kesempuranaan.
Kerana ini bukan terbaik..
Aku hanya mencari busana itu..
Aku juga mencari khilafku..
Lalu tariklah jika aku hanyut..
Bimbinglah aku dengan kelalaianku..

KITA ADALAH SATU..
KERANA ITU KITA PASTI SALING MENYEMPURNAKAN..
BISMILLAH... AKU MENYAYANGIMU..SAHABATKU..WALAU JIKA TIDAK BAGIMU.. 


Titipan khas buat kita, Insani yang mencari Syurgawi redha illahi.. 

Comments

Popular posts from this blog

Siapakah cendikiawan hebat ini ?

انزلوا الناس منازلهم

Exam 2013