Suka duka 2020 1

Assalamualaikum.

Sungguh lama diri ini tak menulis dalam blog ni. Banyak yang nak ditulis tapi akhirnya melabuhkan tirai dengan menyimpan dalam kotak hati saja. Masa pun antara hakikat yang tak mengizinkan ianya tercoret disini walaupun secebis cuma. Akhirnya, menginjak ke 2021.

*flashback*

Sebelum selesai wisuda dari UIN Jambi lagi, mudirah dah tanya khabar minta untuk khidmat kembali di sini. Antara pasti dan tak pasti jawapan diberi cuma "InsyaAllah".

Pulang ke Malaysia, 4 bulan di rumah mencari kerja dan sebagainya. Entah kenapa alasan hati mengatakan ada tempat yang sedang menunggu. Tasmi anak-anak syahadah disini. Allahu..Demi Tuhan, tak pernah terlintas suka dan duka akan nanti. Dengan restu ibu dan bapak...aku mulai melangkah.

6.9.2020 tanggal keramat. Kembali menjejaki tanah bertuah Tangkak. Niat dihati ingin menyumbang sedikit cebisan ilmu sahaja. Atas kepercayaan atasan, diberikan mandat yang terlihat mudah dibibir dan mata. Namun tak terbayang sukarnya.

Usai perjalanan 2 minggu bersama anak-anak Al-Hikmah, kepala mulai berat, hati seolah tak rela, bibir selalu mengucap kata tak indah, jiwa bagai tercarik. Mungkin juga kerana diri yang tak kuat, atau juga cepat melatah.

Masa! ya, jika dikira hampir seluruh hari di kelas. Menyelesaikan tasmi anak-anak syahadah. Paling ramai kelas syahadah! boleh bayangkan ? laporan hafalan sampai bawah penuh dengan setiap pelajar bacaan lebih satu juz. paling kurang satu juz. Mulai kelas lepas subuh jam 6.30 hingga 8.15. Berhenti rehat dan lain-lain, kembali semula jam 9.00 hingga jam 1. solat makan rehat, kembali semula jam 2 hingga 5. lepas asar sambung lagi hingga maghrib. jam 8. 30 hingga 10.00 sambung lagi.. Allahh...sumpah memeng tak boleh brain orang kata. Satu kelas waktu pertma kali masuk ada lebih kurang 15 orang. Ramaikan....?

SATU TAHAP JIWA KATA "AKU TAK BOLEH TERIMA"!

"YEAH, ITS REALLY HARD!"

"ORANG LAIN TAK RASA PENATNYA DIRI NI"

Namun, dalam kepenatan ketika itu, Allah kurniakan hasil, 3 orang anak didik Al-Hikmah telah berjaya SYAHADAH 30 juz, Alhamdulillah.!

Izzah, Afifah dan Anis...MABRUK.

diri ini? Ya, saat itu mulai jatuh cinta bak kata orang, untuk menghasilkan lebih banyak lagi anak-anak yang berjaya dengan Al-Quran. Meskipun untuk yang permulaan ini setengah jalan sahaja dengan diri ini. separuh lagi dengan guru terdahulu.

Hingga.......
Suatu hari Allah uji bumi dengan Covid-19. Diri ini antara yang paling sedih sebab pkp. Tasmi online, yes! Mulai hari tu, diri ini bukan guru yang lembut lagi. masih ada lembutnya tapi lebih kepada tegas, semua ini kerana ingin mereka berjaya dan tak main-main dalam mengejar tujuan.

Meski ada yang kecundang dipinggir jalan, Alhamdulillah, selepas itu semakin banyak hasil yang dapat dilihat.

Selepas pkp, terlihat hasil paksaan dan ketegasan, seorang demi seorang syahadah. tidak lupa saat pkp ada seorang anak gadis yang manis dari Sarawak,

Maryam Najah (dia ni hebat sebab masa pkp pulun Quran, walaupun sebelum-sebelum ni tak pernah nampak kesungguhan dia.. Maafkan ustazah, tapi dulu memang dia ni antara yang peningkan kepala ustazah juga..hehe..tapi lepas syahadah dia sanggup datang rumah sebab nak bagi hadiah. nampak disitu penghargaannya untuk guru, dicarinya ustazah sampai rumah, Allahu Allah..MasyaAllah..)

Selepas pkp,
 Bermula Kaisah (bacaan yang cantik dengan tajwid dan memperolehi Mumtaz)

kemudian, Syuhadah (anak didik yang sangat penyabar, baik dan sopan)

'Atikah ( Yes, dia ni anak murid paling sayang. I really dont know why, mungkin alasan utama sebab pegang dia ni bermula dia habis khatam, time dia tengah zaman nangis-nangis pulun Quran sampai dia syahadah, yes semua diri ini saksikan tentangnya. Tentang bagaimana dia berusaha untuk dapatkan Quran, kena marah, ustazahnya ni merajuk #purapuraje#tujuannakmenyedarkan. Alasan seterusnya mungkin sebab dia ni penawar hati, bacaan cantik semualah. Ustazah memang sangat sayang pelajar sorang ni. Semangat sentiasa dan kuat berusaha. MUMTAZ Syahadahnya. tiba-tiba rindu kat Tikah. Doa untuk dia ok nak ambil spm, moga Quran sentiasa jadi penghias dirinyaa)

Fatimah (kawan baik si Tikah ni. dia ni masyi Quran, pegang dia dari zaman loklak juga. hihi.. but, she always make me inspire on her personality. Anak orang ternama tapi rendah diri. Alhamdulillah, dapat Mumtaz juga even orang sebuk balik pkp. masa ni Malaysia diuji sekali lagi dengan statistik data kes yang tinggi. Allah, tapi Timah semangat lagi untuk teruskan)

*will continue in next entry...InsyaAllah.


Comments

Popular posts from this blog

Siapakah cendikiawan hebat ini ?

انزلوا الناس منازلهم

Exam 2013