Kerana aku bukan siapa siapa

Tuhan,
sungguh aku tak kuat lagi
meski hati ku belajar merelai

jiwa ku terumbang ambing
terus terusan hati ku dipersalahkan
berjujuran titisan kesedihan ku biarkan

Aku relakan
tapi aku takut kehilangan
aku pasrahkan
namun aku takut kepergian

aku izinkan semuanya pergi
semuanya berlalu
semuanya terhapus sendiri
tapi aku tak relakan kesedihanku datang
akibat perginya yang tak ku ingini

tuhan,
jiwaku tak mampu
dan kini aku perlukan sesuatu
meski aku tahu pengakhirannya memeritkan
tapi itu yang akan pasti aku jalani
dalam sisa hela yang ku hembus kini

suatu hari nanti
aku yang harus pergi dulu
kerana aku tak mampu
melepaskannya pergi dari hidupku
biarlah aku yang berlalu
tanpa kecundang hidupku
biarlah aku yang bangkit dahulu
menghapus segala kesakitan luluhku

jalani apa yang ada
hadapilah seadanya
kerana tuhan tidak pernah bosan mendengar
setiap doa-doaku dalam nafas yang ku hela

kerana aku wanita yang bukan siapa siapa
yang hanya selalu ada dukanya
tanpa perlukan telinga lain mendengarnya
cukuplah mata hati yang bicara
kerana siapalah akuuu padanyaa.

Comments

Popular posts from this blog

Siapakah cendikiawan hebat ini ?

انزلوا الناس منازلهم

Exam 2013