Syahadah (sambungan suka duka part 2)

 Assalamualaikum.

After 1 year 1 month.. Saya kembali semula.

Saya kembali untuk melunaskan janji saya menyambung cerita saya. MashaAllah. Setahun berlalu. Maafkan saya.

Ya, saya mengajar di Tahfiz tersebut selama dua tahun tepat Alhamdulillah dan telah berjaya melahirkan beberapa hafizah bersyahadah.

Sebelum itu, walaupun saya bukan guru yang mendidik mereka menghafaz, tapi saya bangga dengan semua usaha mereka dan juga didikan ustazah mereka yang sebelum saya. Bukan mudah untuk menanamkan rasa cinta kepada anak-anak untuk terus menghafal.

Sedikit perkongsian dan pengalaman dari sekeliling, ada pelajar yang selepas khatam terus melanjutkan cita-cita dalam arus perdana atau arus pendidikan agama(kitab). Ada pelajar yang belum puas, lalu meletakkan azam untuk selesai dengan syahadah. Ada pelajar yang bercita-cita untuk syahadah tapi dihalang oleh cita-cita lain tapi masih berhasrat untuk menyambung hingga syahadah (dibaca: menangguhkan dahulu).

 Ada orang mengatakan, syahadah tidak penting bagi seorang penghafal Quran. Syahadah bukan matlamat seorang penghafal Quran. Syahadah bukan tujuan utama seorang penghafal Quran. Kalian tahu, menurut saya itu bukanlah kata-kata perangsang untuk pengahafal Quran bahkan boleh menimbulkan mindset "oh..syahadah tak penting pun" atau "ada orang tak syahadah tapi masyi je Quran siap masuk musabqah dan johan lagi". Ya, dan kata-kata sebeginilah yang boleh menjunamkan diri seorang penghafal Quran ke arah melupakan Quran apalagi jika mereka terkeluar dari circle ini setelah mengalami kejutan budaya nanti.

Berbalik kepada perkongsian saya terhadap situasi penghafal Quran yang telah khatam samada ingin syahadah atau tidak, saya sangat suka jika seorang pelajar memegang prinsip yang kedua iaitu meletakkan kepuasan menghafal Quran sehingga syahadah. Tidaklah saya mengatakan seseorang yang tidak syahadah itu akan gagal dan tidak baik hafalannya, saya akui ramai sahabat saya yang berjaya menghafaz Quran 30 juz dan masyi tetapi setelah diselidiki mereka tidak mempunyai syahadah. Tapi bukan semua pelajar mempunyai kesedaran atau keinginan tersendiri seperti itu.

Benar, memang untuk sampai ke tahap syahadah itu perlukan mujahadah yang tinggi. Ada yang jatuh tapi bangun semula atau terus terjatuh tak mampu berdiri lagi. Tapi sebenarnya, perjalanan syahadah itu ibarat mengasah pensil yang tumpul atau patah. Kenapa? kerana awal khatam hafalan kita sebenarnya belum tajam kecuali dengan mengulang dan mengulang. Perjalanan syahadah itu sebenarnya adalah proses mengulang hingga mantap. Hasilnya, kita akan lihat setelah beberapa tahun kita syahadah nanti, percayalah, insyaAllah hafalan itu akan terus melekat asbab banyaknya pengulangan yang dibuat sampai syahadah walaupun kurang mengulang (Disclaimer: selepas syahadah bukan tak perlu mengulang, maksudnya bila kita dah banyak tanggungjawab, kita tak terlalu sakit untuk mengulang asbab perjuangan kita dahulu yang dah banyak mengulang).

Oleh itu, bagi saya sendiri penamat bagi seorang penghafal Quran adalah syahadah dan ketika itulah kita akan menemukan titik kepuasan kerana suatu hari nanti bila kita lalai, kita akan ingat sendiri betapa mujahadahnya kita dengan Quran dan bagaimana sukarnya untuk mengejarnya. Bak kata orang kenanglah saat manis dengan sesuatu yang kita sayang bila berjauhan. Memang ia bukan matlamat, tetapi sudah tentu kita ada sesuatu untuk kita kenang dan boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk INGAT Quran. Anak-anak murid saya juga, saya akan tanamkan mereka agar tidak selalu puas dengan Quran, saya selalu api-apikan mereka dengan cara memaksa mereka. Maafkan ustazah ya anak-anak.

Kepada yang belum syahadah tapi Qurannya masyi, mashaAllah, itu adalah anugerah Allah kepada kalian. Jagalah Quran sebaiknya. Jujur saya sangat kagum dengan orang yang sebegini. Sangat cemburu. kerana saya tahu, meskipun mereka tidak didedahkan dengan proses syahadah tapi kita tidak tahu bagaimana perjuangan mereka untuk membina kekuatan untuk murojaah sendiri, bagaimana qowiynya mereka untuk mendisiplin kan diri mengulang Quran. Dan ada antara mereka adalah sahabat saya juga, pernah johan beberapa kali dan wakil Malaysia dalam hafazan. MashaAllah, itu adalah hal yang sangat mengagumkan bagi saya.

Alhamdulillah hasil selama dua tahun saya menjadi seorang guru syahadah, Alhamdulillah saya telah mendapatkan 13 orang saham akhirat saya yang insyaAllah akan menolong saya di alam sana nanti Aminn.. Saya sudah tak ingat susunan siapa yang syahadah dulu, tapi saya tetap ingin mencatatkan disini sebagai kenangan dan tatapan masa hadapan saya nanti. Doakan ustazah ya.

1. Izzah - 1 hari

2. Afifah - 1 hari

3. Anis - 2 hari

4. Najah - 1 hari

5. Kaisah - 2 hari

6. Syuhadah - 1 hari

7. 'Atikah - 1hari

8. Nurul - 1 hari

9. Fatimah - 1 hari

10. Iesya - 2 hari

11. Nisa - 1 hari

12. Syafiqah - 1 hari

13. Marwati - 1 hari

Comments

Popular posts from this blog

Siapakah cendikiawan hebat ini ?

انزلوا الناس منازلهم

Exam 2013