Posts

Syahadah (sambungan suka duka part 2)

 Assalamualaikum. After 1 year 1 month.. Saya kembali semula. Saya kembali untuk melunaskan janji saya menyambung cerita saya. MashaAllah. Setahun berlalu. Maafkan saya. Ya, saya mengajar di Tahfiz tersebut selama dua tahun tepat Alhamdulillah dan telah berjaya melahirkan beberapa hafizah bersyahadah. Sebelum itu, walaupun saya bukan guru yang mendidik mereka menghafaz, tapi saya bangga dengan semua usaha mereka dan juga didikan ustazah mereka yang sebelum saya. Bukan mudah untuk menanamkan rasa cinta kepada anak-anak untuk terus menghafal. Sedikit perkongsian dan pengalaman dari sekeliling, ada pelajar yang selepas khatam terus melanjutkan cita-cita dalam arus perdana atau arus pendidikan agama(kitab). Ada pelajar yang belum puas, lalu meletakkan azam untuk selesai dengan syahadah. Ada pelajar yang bercita-cita untuk syahadah tapi dihalang oleh cita-cita lain tapi masih berhasrat untuk menyambung hingga syahadah (dibaca: menangguhkan dahulu).  Ada orang mengatakan, syahadah t...

Suka duka 2020 1

Assalamualaikum. Sungguh lama diri ini tak menulis dalam blog ni. Banyak yang nak ditulis tapi akhirnya melabuhkan tirai dengan menyimpan dalam kotak hati saja. Masa pun antara hakikat yang tak mengizinkan ianya tercoret disini walaupun secebis cuma. Akhirnya, menginjak ke 2021. *flashback* Sebelum selesai wisuda dari UIN Jambi lagi, mudirah dah tanya khabar minta untuk khidmat kembali di sini. Antara pasti dan tak pasti jawapan diberi cuma "InsyaAllah". Pulang ke Malaysia, 4 bulan di rumah mencari kerja dan sebagainya. Entah kenapa alasan hati mengatakan ada tempat yang sedang menunggu. Tasmi anak-anak syahadah disini. Allahu..Demi Tuhan, tak pernah terlintas suka dan duka akan nanti. Dengan restu ibu dan bapak...aku mulai melangkah. 6.9.2020 tanggal keramat. Kembali menjejaki tanah bertuah Tangkak. Niat dihati ingin menyumbang sedikit cebisan ilmu sahaja. Atas kepercayaan atasan, diberikan mandat yang terlihat mudah dibibir dan mata. Namun tak terbayang sukarnya. Usai perj...

Kerana aku bukan siapa siapa

Tuhan, sungguh aku tak kuat lagi meski hati ku belajar merelai jiwa ku terumbang ambing terus terusan hati ku dipersalahkan berjujuran titisan kesedihan ku biarkan Aku relakan tapi aku takut kehilangan aku pasrahkan namun aku takut kepergian aku izinkan semuanya pergi semuanya berlalu semuanya terhapus sendiri tapi aku tak relakan kesedihanku datang akibat perginya yang tak ku ingini tuhan, jiwaku tak mampu dan kini aku perlukan sesuatu meski aku tahu pengakhirannya memeritkan tapi itu yang akan pasti aku jalani dalam sisa hela yang ku hembus kini suatu hari nanti aku yang harus pergi dulu kerana aku tak mampu melepaskannya pergi dari hidupku biarlah aku yang berlalu tanpa kecundang hidupku biarlah aku yang bangkit dahulu menghapus segala kesakitan luluhku jalani apa yang ada hadapilah seadanya kerana tuhan tidak pernah bosan mendengar setiap doa-doaku dalam nafas yang ku hela kerana aku wanita yang bukan siapa siapa yang hanya selalu ada dukan...

kita pencari ibroh darinya

Hidup belajar memang susah. Sebab mana ada jalan pintas nak mudah. Sebab kita nak cari. Bukan benda tu yang jumpa kita macam tu. Ada seorang hamba Allah, dia nak belajar. Tapi taknak mujahadah. Taknak ambil ibroh pada setiap perjalanan yang sepatutnya rohani dia kena lumatkan pelajaran tu betul-betul dalam diri dia. Tapi dia tak nampak semua tu.  Second. Ada hamba Allah lagi yang duduk bertafakkur. Merasa diri hebat. Tak guna dah dengar nasihat orang lain. Ilmu dah menggoncang dunia. Dada dah tebal dengan ibroh-ibroh sehingga ibroh dari pelusuk tak dikira.  Lastly. Hamba Allah yang ingin lagi, lagi, lagi, lagi, dan lagi melekatkan hatinya dengan ilmu. Kemudian dengan cintanya pada ilmu dan ibroh didalamnya, menebarkan ke pelusuk dunia. Menggengam sepenuhnya bara rohani yang mampu membina keratan jiwa insani pada setiap manusia...... Namun akukah itu?  tapi yang dimana. Oh.... bertebaranlah dibumi illahi ikhlas kerananya. Mencari ibroh haki...

kabur

Jangan tersalah .. Jangan Tersilap .. Aku ini cuma yang baru bertatih, Menunggu dan terus menanti, Sebuah didikan dari setiap sudut yang kunantikan. Setiap yang hidup ingin yang terbaik untuk dirinya, Begitu juga aku .. Siapa yang bilang aku sempurna ?? Siapa yang bilang aku tidak diduga ?? Aku kan cuma manusia, Aku kan cuma insan, Masih dahaga, Masih terumbang-ambing .. Meski tidak semua mengatakan 'ya' untukku, itu lebih baik buat aku, kerana supaya aku sedar dari tidur. Supaya aku berdiri dari jatuh, Supaya tidak selamanya aku berdiri disudut hening sendiri .. Oh yang terbentang hijau, Oh yang bersinar terang, Oh yang masih ada, Aku tidak dapat melawan apapun yang akan terjadi, Sesungguhnya aku redha, Aku bisa melihat dunia dan mentafsir isinya, juga belum cukup untuk aku mentaksir segalanya, Aku kan insan ?? Aku kan hamba ?? Ya, Akulah hamba itu .. Sendiri terkapai-kapai mencari lagu hidup ku .. Mesk...

Wasilahku dalam pelukan Rabbku

Image
BISMILLAH .. Aku .. Seoran insan .. Memerlukan kasih sayang .. Memerlukan cinta insan .. Memerlukan pelukan dari sebuah jiwa .. Aku .. Bukan aku minta dunia .. Bukan juga aku minta sengsara .. Bukan juga aku terleka dengannya .. Tetapi aku insan biasa .. Selayaknya untuk aku bahagia .. Aku .. Tidak pernah merasa kurang dengan cintanya .. Cintanya tidak pernah meninggalkanku .. Tersesat-sesat dilorong gelita .. Namun cuma aku yang selalu dahaga rahmatnya .. Aku .. Menyedari yang aku tidak sempurna ..  Selalu sahaja mendustakan kurnianya .. Hingga sendiri meraih kekusutan hati .. Aku sememangnya meletak bebanan untukku .. Aku .. Mencari wasilah untuk bersamaku .. Yang sudi menghamparkan sebuah kata .. Tak pernah jemu melayarkan cerita .. Sesungguhnya aku perlukan perantaraan itu .. Namun aku tahu ia bukan mudah .. Ia bukan seenaknya ku kecapi tanpa ku cari .. Tidak..  Aku yakin ia datang sendiri .. ...

Disaat pengakhiran (kisah yang menyedarkan)

MANA YANG RAJIN PEGANG FON..BERINGAT2 LA..PLS..BACA.. Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit |  Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"  Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."  Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"  Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."  Pesakit: "Wah, apa dia?"  Abang misi: →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. → Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. → Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yan...